Skip to product information
1 of 9

DR NORMAN

[DR NORMAN] SAWIT MCT OIL REPALMO 250ML BRAIN & ENERGY BOOSTER RICH IN MCT C8 & C10

[DR NORMAN] SAWIT MCT OIL REPALMO 250ML BRAIN & ENERGY BOOSTER RICH IN MCT C8 & C10

Regular price RM99.00 MYR
Regular price RM99.00 MYR Sale price RM99.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.
Quantity

APA ITU MINYAK MCT?

MCT = Medium Chain Tryglisaride

Minyak/lemak ‘tepu’ dengan rantaian sederhana adalah dipanggil MCT. Kandungan MCT ini terdapat dalam susu ibu. Selain itu ianya terdapat juga dalam banyak makanan asli seperti minyak kelapa, susu kambing, susu lembu, mentega, keju, yogurt, minyak kelapa sawit dan sebagainya.

Kebanyakan asid lemak dalam makanan kita (ikan, avacado, kekacang, bijian dan minyak zaitun) adalah dalam rantaian panjang (LCT) iaitu ia mempunyai lebih daripada 12 atom karbon. Di dalam minyak MCT rantaian atom karbon adalah diantara 6 ke 12 atom karbon. Perbezaan jumlah atom karbon ini menjadikan minyak MCT ini unik kerana ia tidak memerlukan enzim atau asid hempedu (bile acids) untuk penghadaman dan penyerapannya sebagaimana minyak LCT.

Ini akan membenarkan minyak MCT masuk terus ke organ hati dan dihadamkan dengan cepat dan diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk jasad ketone. Ketone adalah bahan yang dihasilkan apabila organ hati kita menghadamkan lemak/minyak dan ianya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh kita sebagai sumber tenaga selain daripada glukosa (gula). Lemak MCT ini juga tidak akan menjadi lemak dalam tubuh dan akan membantu tubuh kita membakar lemak yang tersimpan berbanding dengan lemak jenis LCT.

Terdapat 4 jenis lemak MCT yang biasa ditemui iaitu:

• Asid Kaproik – 6 atom karbon (sangat sedikit dan sukar diextrak)

• Asid Kaprilik – 8 atom karbon (terdapat dlm MCT oil ini)

• Asid Kaprik – 10 atom karbon (juga terdapat dalam MCT oil ini)

• Asid Laurik – 12 atom karbon (terdapat dalam neolaureen)

PERBEZAAN DIANTARA MINYAK KELAPA DENGAN MINYAK MCT

Sebenarnya kedua-duanya hampir serupa tetapi MCT dan Minyak Kelapa mempunyai beberapa perbezaan berdasarkan kandungannya. Minyak MCT mengandungi 100% MCT didalamnya dan menjadikan ianya adalah sumber MCT yang lebih pekat. Ia terhasil dengan menapis bahagian MCT daripada minyak kelapa atau minyak kelapa sawit (minyak kernel) dan membuangkan kompaun lain dan hanya mengambil ekstrak MCT daripadanya.

View full details