Skip to product information
1 of 7

ELEMENTZ

[ELEMENTZ] Buku Magnesium Oil Panduan Pengguna Oleh Dr. Barbara Hendel versi Bahasa Melayu

[ELEMENTZ] Buku Magnesium Oil Panduan Pengguna Oleh Dr. Barbara Hendel versi Bahasa Melayu

Regular price RM25.00 MYR
Regular price RM25.00 MYR Sale price RM25.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.
Quantity

Buku panduan penggunaan magnesium oil edisi bahasa melayu

Rujukan terbaik buat pengguna magnesium

Buku ini ditulis oleh Dr. Barbara Hendel iaitu seorang physicians.

Menerusi buku panduan pengguna ini, Dr Barbara Hendel, seorang doktor dan pakar magnesium yang berpengalaman, akan menerangkan tentang manfaat dan cara penggunaan larutan magnesium klorida yang dijual di bawah nama Magnesium Oil. Larutan ini boleh disapu pada kulit atau digunakan dalam rendaman, Larutan ini dapat diserap dengan lebih efisien oleh tubuh berbanding magnesium yang diambil menerusi diet kita. Magnesium Oil juga boleh disapu secara terus pada tempat di mana anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan untuk memberikan keberkesanan yang maksimum.

Dalam buku panduan ini, Dr Hendel menjelaskan secara terperinci bagaimana individu yang aktif dan ahli sukan, wanita mengandung dan juga individu yang sering mengalami kejang otot atau insomnia boleh mendapat manfaat daripada magnesium oil. Jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat meliputi diabetes dan migraine, artritis dan osteoporosis hinggalah penyakit-penyakit kulit dan jantung. Laporan peribadi oleh individu, illustrasi contoh rawatan dan pelbagai petua berguna memudahkan pembaca untuk mempraktikkan apa yang disyorkan dengan serta-merta, seterusnya merawat simptom yang dihadapi dengan berkesan.

Magnesium merupakan salah satu mineral yang paling banyak dalam tubuh. 50% magnesium dalam badan terletak dalam tulang. Dan selebihnya terdapat pada organ dan sel-sel.

Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh untuk menggerakkan 325 tindakbalas bio-kimia dalam tubuh manusia. Ia sangat penting untuk jaga sistem imun tubuh dan menjadikan tulang lebih kuat.

Antara fungsi magnesium adalah:

-Jaga otot dan saraf agar berfungsi dengan normal

-Menjaga rentak jantung

-Untuk sistem imun tubuh

-Mengatur kadar gula dalam darah

-Menjaga tenaga dan metabolisme

-Mengatur sintesis protein

View full details